Wednesday, July 28, 2010

Kempen Remaja Raikan Ramadhan 2012M / 1433H




:: Muqaddimah ::

Kempen Remaja Raikan Ramadhan (3R) ini merupakan suatu insiatif pembangunan sakhsiah dengan mengangkat Ramadhan sebagai tema, khas untuk para remaja di seluruh. Kempen ini merupakan kempen ketiga diadakan selepas ia berjaya diadakan pada 2 tahun yang lalu berturut-turut.

Kempen 3R ini mengambil bulan Ramadhan sebagai konsep dan pembangunan remaja sebagai tema utama, 3R akan diaturkan dengan sebaik mungkin bagi mencapai objektif-objektif seperti yang telah digariskan. Bagi mengumpulkan dan mendidik jiwa-jiwa remaja ini supaya taat dan patuh kepada Allah SWT, mengambil seberapa banyak fadhilat dalam bulan ramadhan dan sebagainya.

Kempen 3R ini terbuka kepada semua remaja berusia 13 hingga 17 tahun yang berminat untuk melalui atau mengalami ‘madrasah’ yang serba mencabar dan berminat untuk mengisi masa di bulan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat.


:: Objektif ::

2.1 Mempersiapkan remaja untuk melalui bulan Ramadhan.
2.2 Menanamkan rasa cinta kepada bulan Ramadhan
2.3 Mempertingkatkan ukhuwwah di kalangan remaja.
2.4 Melalui bulan Ramadhan dengan penuh penghayatan.
2.5 Mendekatkan jiwa setiap remaja kepada Allah s.w.t.


:: Tema ::

"Ramadhan... Menyegarkan..."


:: Tarikh ::

21 Jun sehingga 18 Ogos 2012


:: Sasaran Peserta ::

Remaja berusia 13 hingga 17 tahun


:: Lokasi ::

Seluruh Malaysia


:: Anjuran ::

Sekretariat Remaja IKRAM Pusat
Kelab Remaja "IKRAMTeens"


:: Program yang akan diadakan ::


1. Program 3R (Remaja Raikan Ramadhan)
2. Perkongsian melalui FACEBOOK (www.facebook.com/jom3r)
3. Program 3R10 (menjelang 10 Ramadhan terakhir)
4. Program Sahur Sama-sama (bersama Remaja )
5. Rayuan Ramadhan
6. Montaj 3R
7. Edaran Flyers & Poster
8. SMS Ramadhan
9. Twitter 3R ( www.twitter.com/3R_IKRAMTeens )

sebarang musykilah, hubungi sekretariat Kempen 3R.

- Abang Bai ( 019-7517051 ) -
- Kak Mia ( 012 645 6228 ) -